Sunday, November 30, 2008

Dugaan Pertama...Serangan Monyet

Batu 14 - 30 November 2008 : Ini adalah dugaan pertama bagi aku selepas kerja-kerja penanaman serai..Dugaan nie datangnya dari monyet...Kalo sebelum ni orng ckp serai paling selamat utk ditanam kerana binatang tak suka dengan serai..Statement nie sebenarnya tidak 100% tepat kerana walopun binatang tak makan serai tetapi serangan masih boleh berlaku dari segi dipijak lembu atau dicabut oleh kera atau monyet...Nie lebih kepada sifat ingin tahu kot..

Tak per lah..tak der rezeki kot..lagi pun bukat banyak sangat dia cabut..dalam 10 perdu jer... consider boleh diterima lah tu..adat bisness ler..rugi skit2 tu beselah kan..Kat bawah nie rupa serai lepas dicabut monyet tu...


Sunday, November 9, 2008

Benih serai dah sampai

Batu 14 - 9 November 2008 : Benih serai yang ditunggu-tunggu selama ini dah sampai. Aku beli benih serai nie sacara contract Farming dengan syarikat Moja Venture cawangan Pantai Timur, Kemaman. Untuk satu ekar, kena bayar RM1700 dan dijangka boleh ditanam dengan 6 batang serai peha ayam untuk setiap perdu dan jumlah perdu yang boleh support utk 1 ekar dianggarkan sebanyak 3600 perdu.

Tu semua cerita dari segi teori orang bisness lah tapi bila dah buat baru korang tahu.. Benih yang tak berapa elok, serai yg mati, kena serangan binatang, faktor alam seperti kemarau berpanjangan atau banjir, kos dan sebagainya. Kalau ambil semua faktor nie, aku rasa tak dapat nyer nak cecah 3600 perdu tu..1800 perdu kira ok kot utk orng baru cam aku nih..he3..

Kat bawah nie gambar-2 benih tu..Dalam 9 guni semuanya..Mak aiiihhhh..banyak gak nk kena tanam nih..sempat ker..